Misi Flotilla FFC, TMTG Kembali Berlayar, Masuki Zon Kuning

KESEMUA kapal dan kapal layar yang terlibat dalam misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) sudah kembali memulakan pelayaran masuk ke zon kuning.

Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Huwaida Arraf, enjin dihidupkan semula sekitar jam 4.30 pagi waktu tempatan.

“Ya, kapal Conscience sudah mula bergerak sekitar jam 4.30 pagi dan kesemua kapal layar TMTG sudah berada di hadapan ketika ini,” katanya ringkas.

Huwaida berkata demikian selepas selesai sesi latihan kecemasan yang dijalankan pada jam 5 pagi waktu tempatan.

Dua hari lalu, enjin Kapal Conscience dimatikan dan berada dalam kelajuan sifar bagi menjalani prosedur keselamatan rutin.

Pemeriksaan ini dilaksanakan bagi memastikan sistem tenaga, navigasi dan struktur kapal berada dalam keadaan baik selepas menempuh perjalanan panjang di laut.

Selain itu, prosedur ini dilakukan bagi membolehkan kesemua kapal layar yang terlibat dalam misi ini bersatu sebelum memulakan perjalanan menuju ke garisan kuning.

Sumber: Astro Awani

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel, Hamas Mula Rundingan Damai Di Mesir

Next Post

“Misi GSF Bukan Ceroboh Israel, Tapi Bawa Bantuan Ke Gaza” – Menteri Luar

Related Posts