Netanyahu Arah Serangan Besar Di Gaza, 9 Lagi Rakyat Palestin Terkorban

GAZA: Israel terus mencabuli gencatan senjata Gaza dengan melancarkan siri serangan udara yang membunuh sembilan rakyat Palestin.

Ia selepas pemimpin rejim, Benjamin Netanyahu mengarahkan serangan segera dan berskala besar sebagai tindak balas kononnya Hamas menyerang tentera Israel di Rafah menggunakan pelancar bom tangan dan penembak tepat.

Pasukan Pertahanan Awam Gaza memaklumkan bedilan terbaharu Israel itu mengorbankan tiga wanita dan seorang lelaki di kawasan kejiranan Al-Sabra, Gaza City.

Lima orang lagi termasuk dua kanak-kanak dan seorang wanita terbunuh akibat serangan rejim Zionis di Khan Younis.

Manakala sekurang-kurangnya tiga serangan berlaku berhampiran Hospital Al Shifa di utara Gaza.

Hamas mengutuk serangan Israel itu yang disifatkan sebagai pengeboman jenayah, selain menafikan tuduhan menyerang tentera Israel.

Hamas memberi amaran peningkatan serangan Israel mendorong kepada penangguhan penyerahan mayat tawanan yang ditemui di selatan Gaza. – AFP

Sumber: Buletin Tv3

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

30 Terbunuh, Puluhan Cedera Dalam Serangan Terbaharu Israel Di Palestin

Next Post

Israel Kembali Serang Gaza, Tegaskan Operasi Akan Diteruskan

Related Posts