Netanyahu Berkeras Tiada Rundingan Tanpa Serangan

TEL AVIV: Pemimpin rejim Israel, Benjamin Netanyahu mempertahan keputusan untuk menyambung semula serangan udara di Gaza, dengan menyatakan bahawa rundingan untuk memulihkan gencatan senjata hanya akan diteruskan ketika serangan dilakukan.

Dalam satu taklimat televisyen, Netanyahu berkata tekanan ketenteraan ke atas Hamas adalah “syarat kritikal” untuk mendapatkan pembebasan tebusan yang ditahan oleh kumpulan itu, sambil menambah: “Ini baru permulaan.”

Serangan udara Israel mengorbankan lebih daripada 400 orang di Gaza, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin, sekali gus menamatkan beberapa minggu ketenangan relatif selepas rundingan bagi mencapai gencatan senjata kekal gagal.

Israel dan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, saling menuduh melanggar gencatan senjata yang secara umumnya bertahan sejak Januari, memberikan kelegaan sementara kepada 2.3 juta penduduk Gaza, di mana kebanyakan bangunan telah musnah menjadi runtuhan.

Hamas, yang masih menahan 59 daripada kira-kira 250 tebusan yang didakwa Israel diculik dalam serangan kumpulan itu pada 7 Oktober 2023, menuduh Israel menggagalkan usaha para perantara untuk merundingkan perjanjian kekal bagi menamatkan pertempuran, tetapi kumpulan itu tidak mengancam untuk membalas serangan.

Netanyahu berkata beliau mengarahkan serangan kerana Hamas menolak cadangan untuk melanjutkan gencatan senjata dan berikrar untuk meningkatkan tindakan ketenteraan. – REUTERS, Buletin Tv3

#bumimikraj

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ketua Hak Asasi PBB Seru Hentikan Segera Serangan Di Gaza

Next Post

Serangan Israel Telah Meragut Lebih 400 Nyawa Rakyat Palestin

Related Posts