
Bagaimana Trump dan Netanyahu Mempermainkan Mohammed bin Salman (MBS) sehingga Arab Saudi mengubah pendiriannya terhadap isu Palestin?
- Israel-AS Membongkarkan Dengan Sengaja Hubungan Sulit Arab Saudi-Israel
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendedahkan bahawa Israel dan Arab Saudi telah menjalin hubungan sulit selama hampir tiga tahun yang hanya diketahui oleh beberapa orang terpilih dari kedua-dua pihak dan juga Amerika Syarikat. Hubungan ini menjadi goyah selepas kenyataan dari Washington dan Tel Aviv yang menyokong rancangan pengusiran paksa penduduk Palestin secara besar-besaran. MBS pada ketika itu berasa terpukul dengan tindakan Israel-AS yang dilihat sebagai ‘sahabat’ tetapi sebaliknya hanya menjadi ‘batu loncatan’ untuk mencapai matlamat ‘Israel Raya’.
Perubahan dasar Arab Saudi
- Sebelum serangan Hamas ke atas Israel, Mohammed bin Salman (MBS) hampir menandatangani Perjanjian Abraham, yang bertujuan menormalkan hubungan Saudi-Israel.
- MBS pernah mengecam Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, dan menyatakan Palestin perlu berunding dengan Israel atau berdiam diri.
- Namun, rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Gaza secara besar-besaran dan kenyataan Netanyahu yang menyindir bahawa Palestin boleh dibina di tanah Arab Saudi mencetuskan kemarahan Riyadh.
Respon tegas Saudi
Dalam satu Kenyataan Subuh (Dawn Statement), Arab Saudi menegaskan bahawa:
- Sokongan berterusan untuk negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota,
- Tiada hubungan diplomatik dengan Israel selagi hak Palestin tidak dihormati atau negara Palestin yang merdeka.
- Penolakan keras terhadap dasar penempatan haram, perampasan tanah, dan pemindahan paksa rakyat Palestin.
Dalam pada itu,gelombang kecaman para pemimpin Arab apabila Trump-Netanyahu bertindak di luar batas yang sepatutnya. Hal ini kerana, Netanyahu menyindir negara-negara Arab dengan mencadangkan penubuhan negara Palestin di Arab Saudi. Tindakan ini telah mencetuskan kecaman bertubi-tubi dari Mesir, Jordan, UAE, Iraq, Qatar, dan Kuwait. Sebagai reaksi, Mesir mengumumkan sidang kemuncak Arab kecemasan pada 27 Februari 2025 untuk membincangkan perkembangan terbaru.
Kesedaran MBS terhadap sentimen rakyat
MBS menyedari bahawa 70% rakyat Saudi (terutamanya golongan muda) kini menyokong kuat perjuangan Palestin. Beliau mengakui:
“Saya secara peribadi tidak kisah isu Palestin, tetapi rakyat saya peduli, jadi saya perlu pastikan perkara ini bermakna.”
Kesimpulannya, dasar keras Trump dan Netanyahu telah ‘membuka mata’ MBS yang selama ini mengagungkan Israel-AS tetapi akhirnya dipermainkan dengan begitu mudah sehingga memaksa Arab Saudi mengubah pendirian dan kembali kepada usul nasionalisme Arab ala era Raja Faisal. Bagi mendapatkan semula kepercayaan di dunia Arab dan dunia Islam, MBS memilih untuk menjauhkan diri dari Trump dan Israel demi mengembalikan kedudukan moral dan kepimpinan Saudi di dunia Islam. Sekiranya Trump meneruskan jenayah perangnya bersama Israel untuk menghalau penduduk Gaza secara paksa, konflik ini berpotensi mencetuskan ketidakstabilan besar di seluruh rantau Timur Tengah.
David Hearst, Middle East Eye