PBB Dedah Israel Terus Sekat Keperluan Asas Rakyat Di Gaza

NEW YORK: Operasi ketenteraan Israel terus memusnahkan keperluan asas untuk kelangsungan hidup 2.1 juta penduduk Palestin, selepas 600 hari perang di Gaza tercetus, menurut pegawai kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu, lapor Xinhua.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) memaklumkan bahawa, puluhan orang dilaporkan cedera akibat ditembak ketika ribuan penduduk cuba mendapatkan bantuan di satu lokasi agihan baharu berhampiran Rafah, Selasa lalu.

Pusat itu dikendalikan oleh Gaza Humanitarian Foundation (GHF), inisiatif yang ditaja Amerika Syarikat (AS) dan mendapat kelulusan Israel.

OCHA menyifatkan insiden tersebut sebagai satu daripada banyak contoh hukuman kolektif terhadap penduduk Palestin serta serangan berterusan terhadap maruah kemanusiaan mereka.

“Skim pengagihan yang baharu ini bukan sekadar kawalan terhadap bantuan,” kata Ketua Pejabat OCHA bagi wilayah Palestin yang diduduki, Jonathan Whittall, dalam satu kenyataan dari Baitulmaqdis.

“Ia adalah bentuk kekurangan yang direka – hanya empat hab agihan terletak di Gaza tengah dan selatan, dikawal oleh kontraktor keselamatan swasta dari AS, dan hanya mereka yang mampu sampai ke sana akan menerima bekalan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa model pengagihan baharu itu tidak mampu menampung keperluan Gaza dan gagal memenuhi kewajipan minimum di bawah undang-undang antarabangsa.

Stephane Dujarric, Ketua Jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata, sejak minggu lalu, kira-kira 900 trak bantuan dikemukakan untuk kelulusan Israel, dan 800 diluluskan.

Namun hanya 500 trak berjaya dipunggah di sebelah Israel di lintasan Kerem Shalom, dan lebih sedikit yang sampai ke pihak Palestin.

“Disebabkan isu keselamatan dan sekatan akses, kami hanya sempat mengambil sedikit lebih 200 trak bantuan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak berkuasa Israel terus menolak permohonan untuk menyelaras pergerakan kemanusiaan dalam Gaza, termasuk cubaan mengambil bahan api dari Rafah. Keseluruhannya, enam permohonan pergerakan diselaraskan telah ditolak pada Rabu lalu.

OCHA menegaskan bahawa bantuan kemanusiaan perlu disalurkan secara besar-besaran melalui pelbagai lintasan masuk ke Gaza.

Pihak kemanusiaan turut melaporkan bahawa penduduk terus berpindah akibat pertempuran berterusan dan arahan pemindahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Israel. Golongan pelarian ini kekurangan khemah, terpaulin (kain pelindung kalis air), makanan, air dan keperluan asas lain.

OCHA memaklumkan bahawa menurut rakan kesihatan mereka, sehingga minggu lalu hanya separuh daripada hospital di Gaza yang beroperasi secara separa. Lapan hospital lapangan serta kira-kira 200 klinik dan pusat kesihatan bergerak telah menggantung operasi akibat serangan, pertempuran dan arahan pemindahan.-AGENSI

Sumber: Buletin Tv3

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tebing Barat Terus Diceroboh, Israel Umum Penempatan Baharu Tanpa Peduli Sekatan

Next Post

51 Lagi Rakyat Palestin Terbunuh, Jumlah Korban Gaza Meningkat Kepada 54,470

Related Posts