
TEBING BARAT: Beberapa pelajar sekolah dilaporkan mengalami sesak nafas selepas terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pengganas Zionis di bandar al-Khader, selatan Baitulaham, dalam wilayah Tebing Barat yang dijajah.
Menurut agensi berita rasmi Palestin, Wafa, insiden berlaku apabila pengganas Zionis menyerbu kawasan Tall di Bandar Lama al-Khader dan melepaskan bom bunyi serta gas pemedih mata ke arah pelajar yang sedang dalam perjalanan ke sekolah. Beberapa pelajar mengalami kesukaran bernafas akibat pendedahan kepada gas beracun tersebut.
Sumber tempatan memaklumkan bahawa sejak kebelakangan ini, sekolah-sekolah di al-Khader semakin kerap menjadi sasaran serangan pengganas Zionis , sama ada melalui tembakan bom bunyi dan gas pemedih mata, atau melalui tindakan mengejar serta menahan pelajar.
Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Palestin sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan tersebut, menegaskan bahawa gangguan berterusan terhadap institusi pendidikan mengancam keselamatan pelajar dan menghalang hak mereka untuk mendapatkan pendidikan dalam suasana yang selamat.
Serangan ke atas pelajar dan sekolah di kawasan ini terus meningkatkan ketegangan di Tebing Barat, sekali gus menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan masyarakat antarabangsa berhubung keselamatan kanak-kanak Palestin di wilayah yang bergolak ini. AL JAZEERA
Sumber: Buletin Tv3
#beritahariini
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj