Serangan Terbaru Israel Di Gaza Ragut 50 Nyawa – Agensi Pertahanan Awam

GAZA: Agensi pertahanan awam Gaza melaporkan serangan terbaharu Israel pada lewat Ahad mengorbankan 50 orang di wilayah berkenaan.

Israel menyambung semula kempen ketenteraannya di Semenanjung Gaza dengan serangan harian sejak 18 Mac lalu, selepas perjanjian gencatan senjata yang menghentikan pertempuran selama dua bulan gagal diteruskan.

“Sekurang-kurangnya 50 mangsa yang syahid direkodkan akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak subuh,” kata pegawai pertahanan awam, Mohammed al-Mughayyir kepada AFP.

Mereka yang terkorban termasuk sembilan orang awam dalam satu serangan di timur Bandar Gaza, di utara wilayah itu.

Hospital di bandar Khan Younis di selatan Gaza pula melaporkan menerima tujuh mayat mangsa serangan ke atas sebuah rumah.

Sementara itu, Hospital al-Awda menerima empat mayat serta beberapa individu yang cedera akibat serangan ke atas sebuah kafe berhampiran kem pelarian Bureij di tengah Gaza.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera Israel terus menyerang kawasan khemah di bahagian tengah, termasuk Deir el-Balah dan kem pelarian berhampiran, serta di Bandar Gaza.

Kawasan timur bandar itu, iaitu kejiranan Tuffah, diserang bertubi-tubi selama tiga minggu, selain kawasan kejiranan Shujayea dan Zeitoun.

Pertahanan Awam Palestin memaklumkan masih terdapat mangsa yang tertimbus dan terperangkap di bawah runtuhan besar.

Namun, usaha menyelamat terpaksa dihentikan berikutan ketibaan malam dan kehadiran dron Israel memenuhi ruang udara di bahagian timur Gaza.

Tambahan pula, semua jentera berat yang berbaki sudah musnah diserang Israel, sekali gus menjadikannya mustahil untuk mengalihkan sisa runtuhan bangunan bagi menyelamatkan mangsa.

Kementerian Kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas pada Ahad turut mengemas kini angka kematian keseluruhan kepada 52,243 orang sejak perang bermula, selepas ratusan mangsa yang sebelum ini dilaporkan hilang disahkan terkorban.

Selain itu, pejuang Palestin turut menculik 251 tebusan warga Israel, dengan 58 masih ditahan di Gaza, termasuk 34 individu yang menurut tentera Israel telah meninggal dunia.

Israel menyatakan kempen ketenteraan yang disambung semula itu bertujuan memaksa Hamas membebaskan baki tebusan yang masih ditahan. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Usaha Gencatan Senjata Gaza Capai Sedikit Kemajuan – PM Qatar

Next Post

Pelajar Sesak Nafas Akibat Serangan Gas Pemedih Mata Zionis Di Tebing Barat

Related Posts