
RAMALLAH: Sekumpulan pendatang haram Yahudi menyerbu tanah Palestin berhampiran Ramallah, merosakkan sekurang-kurangnya 200 pokok zaitun, menurut laporan agensi berita rasmi Wafa.
Serangan terbaru berlaku di kawasan bandar Turmus Aya, kira-kira 22km timur laut Ramallah, wilayah utama Tebing Barat, lapor Al Jazeera.
Menurut Jawatankuasa Penentangan Pendudukan dan Tembok yang berpangkalan di Ramallah, tentera Israel dan pendatang haram itu melaksanakan rekod serangan tertinggi terhadap Palestin pada tahun lalu, termasuk 1,382 tindakan merosakkan tanah dan pokok zaitun milik penduduk Palestin.
Insiden ini menambah tekanan terhadap komuniti Palestin yang berdepan kehilangan tanah dan tanaman, sekali gus menimbulkan kebimbangan antarabangsa terhadap hak dan keselamatan penduduk tempatan.
Sumber: Buletin Tv3