Penentuan Masa Depan Gaza Perlu Persefahaman Dengan Hamas, Tegas Abu Marzouk

Pemimpin kanan Hamas, Mousa Abu Marzouk menegaskan bahawa sebarang pengaturan atau perancangan berkaitan Semenanjung Gaza mesti dilaksanakan melalui persefahaman dengan Hamas sebagai pihak utama di wilayah itu.

Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama Al Jazeera Mubasher, sambil menegaskan bahawa Hamas tidak boleh diketepikan dalam sebarang usaha menentukan masa depan Gaza pasca pencerobohan berterusan oleh Israel.

Menurut Abu Marzouk, Hamas tidak pernah sama sekali bersetuju untuk menyerahkan senjata muqawamah dalam apa jua bentuk, sambil menekankan bahawa senjata tersebut merupakan hak sah rakyat Palestin untuk mempertahankan diri daripada penjajahan.

Beliau turut menolak sebarang cadangan atau tekanan antarabangsa yang mensyaratkan pelucutan senjata muqawamah sebagai prasyarat kepada pengaturan politik atau pentadbiran di Gaza.

Dalam perkembangan sama, Abu Marzouk berkata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak berhak bermegah dengan kepulangan tahanan Israel, kerana kesemua mereka kembali melalui perjanjian yang dicapai mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak muqamawah.

Sumber: Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sinar Baharu Buat Kanak-Kanak Gaza, UNICEF Salur Ribuan Kit Pendidikan

Next Post

Pendatang Haram Yahudi Terus Ceroboh Tanah Palestin, Ratusan Pokok Zaitun Musnah

Related Posts