Sinar Baharu Buat Kanak-Kanak Gaza, UNICEF Salur Ribuan Kit Pendidikan

GAZA, 9 SYAABAN – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memaklumkan bahawa ribuan kit rekreasi dan pendidikan berjaya dihantar ke Gaza dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Tindakan itu sekali gus memberi sinar baharu selepas hampir dua tahun sekatan terhadap bahan pendidikan, lapor Anadolu.

Jurucakap UNICEF, James Elder berkata, penghantaran tersebut melibatkan ribuan kit rekreasi serta ratusan kit school-in-a-carton yang membolehkan aktiviti pembelajaran dijalankan segera.

Menurut beliau, setakat ini UNICEF telah menghantar lebih 4,400 kit rekreasi dan 240 kit school-in-a-carton ke Gaza.

Menjelang akhir minggu ini, agensi itu merancang untuk menghantar tambahan 2,875 kit rekreasi, sekitar 2,500 kit school-in-a-carton serta lebih 1,000 kit pembangunan awal kanak-kanak (ECD).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan penghantaran melebihi 11,000 kit,” katanya, sambil menambah hampir 7,000 lagi kit sedang dalam perancangan untuk dihantar dalam beberapa minggu akan datang.

Menurut UNICEF, lebih 700,000 kanak-kanak usia sekolah di seluruh Semenanjung Gaza terputus daripada pendidikan formal sejak Oktober 2023.

Ketika ini, UNICEF menyokong lebih 135,400 kanak-kanak melalui lebih 110 ruang pembelajaran di Gaza.

Dalam fasa pertama inisiatif Back to Learning, UNICEF bersama rakan strategik menyasarkan untuk meningkatkan akses pembelajaran bersemuka dan pemulihan psikososial daripada 135,400 kepada 336,000 kanak-kanak sepanjang tahun 2026.

“Ia diharapkan semua kanak-kanak usia sekolah dapat kembali ke pembelajaran bersemuka menjelang 2027,” kata Elder, memandangkan lebih 90 peratus sekolah di Gaza musnah atau rosak.

Elder menyifatkan hampir dua setengah tahun serangan terhadap sistem pendidikan Gaza telah meletakkan satu generasi penuh dalam keadaan berisiko.

Sumber: Tv Pertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

UNRWA: Pendidikan Pelarian Palestin Semakin Terancam

Next Post

Penentuan Masa Depan Gaza Perlu Persefahaman Dengan Hamas, Tegas Abu Marzouk

Related Posts