
Sedar atau tidak, dalam takbir raya, kita mengimbau kembali tentang kekalahan tentera Ahzab yang berpakat untuk menghancurkan Islam pada zaman Rasulullah. Tentera Ahzab ini pada hakikatnya adalah pakatan yang dibentuk oleh Yahudi yang mengkhianati Rasulullah. Kekalahan mereka ini disebutkan dalam lafaz takbir raya:
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ
“Tiada tuhan selain Allah, dia membenarkan janjiNya, membantu hambaNya dan mengalahkan tentera al-Ahzab sendiriNya.” (HR al-Bukhari)
Menurut al-Qadi Iyyad, yang dimaksudkan dengan tentera Ahzab di sini adalah pakatan kabilah Arab yang terdiri dari Qurasyh, Ghatafan, Bani Fazarah dan Bani Murrah yang dihasut oleh Yahudi Bani Nadhir.
Bukan sahaja Yahudi Bani Nadhir, Yahudi Bani Quraizah turut mengkhaianati Rasulullah ketika Perang Ahzab ini sedang berlangsung sehingga Baginda berada dalam keadaan yang sangat bimbang.
Takbir Raya kita pada hari ini bukan sekadar mengingatkan kita tentang pengkhiatan Yahudi dan kejelekan tindakan mereka terhadap Rasulullah malah mendedahkan sejarah akar kejahatan mereka sehinggalah mereka menzalimi Pales…tin pada hari ini.
Mereka berpura-pura dizalimi, seakan-akan mereka adalah mangsa sedangkan darah di tangan mereka masih belum kering dari dosa membunuh ribuan nyawa saudara kita di Pales…Tin.
Oleh itu Tuan-Puan, mari bersama kita bantu saudara kita dengan menyumbang kepada agensi yang menghulurkan bantuan untuk saudara kita di sana. Atau paling tidak kita berkongsi tentang kisah kesedihan saudara kita yang dizalimi di sana agar kita berupaya menghidupkan kesedaran tentang saudara kita yang ditindas.
Semoga Allah membimbing kita.
Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
13 mei 2021, Ulang Siar
#artikelpalestin
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj