
DUBAI: Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran mesti membuat keputusan muktamad sama ada untuk menutup Selat Hormuz berikutan serangan bom oleh Amerika Syarikat, lapor Press TV Iran pada Ahad, selepas parlimen dilaporkan menyokong langkah tersebut.
Iran sejak sekian lama menggunakan ancaman untuk menutup Selat tersebut, yang menyaksikan kira-kira 20 peratus permintaan minyak dan gas global melalui kawasan itu, sebagai cara untuk menghalang tekanan Barat, yang kini berada pada kemuncaknya selepas serangan udara AS terhadap kemudahan nuklearnya pada waktu malam.
Kemungkinan penutupan Selat Hormuz oleh Iran itu tidak akan mengecualikan AS daripada kesan yang timbul, malah tiada negara akan terselamat daripada gangguan pasaran minyak global, kata Ketua Eksekutif Dana Pelaburan Terus Russia (RDIF), Kirill Dmitriev.
Pihak berkuasa Iran sebelum ini beberapa kali menegaskan bahawa mereka berhak menutup Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan oleh Israel.
“Jika Selat Hormuz ditutup, Amerika Syarikat juga tidak akan terlepas. Tiada siapa kebal daripada kejutan minyak dunia – harga di pam minyak akan melonjak,” kata Dmitriev menerusi platform X.
Menurut data dagangan, sehingga 11.48 malam tadi, niaga hadapan minyak Brent mencatat kenaikan 2.45 peratus kepada AS$77.33 setong, susulan peningkatan ketegangan konflik antara Iran dan Israel. – REUTERS
Sumber: Buletin Tv3
#beritahariini
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj