“Saya Mahu Netanyahu Dibicarakan Atas Perang Di Gaza” – Presiden Chile

NEW YORK, 24 September – Presiden Chile, Gabriel Boric menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dibicarakan di mahkamah antarabangsa berhubung perang di Gaza.

Menurut Presiden Chile, Netanyahu perlu bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

“Saya tidak mahu melihat Netanyahu musnah akibat misil bersama keluarganya.

“Saya mahu melihat Netanyahu dan mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin, dihadapkan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini.

Boric menambah, ribuan rakyat Palestin terkorban akibat serangan berterusan Israel tahun ini. -AFP

Sumber: Berita RTM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“Gaza Adalah Milik Rakyat Palestin” – China

Next Post

“Hentikan Perang Gaza Jika Trump Mahu Hadiah Nobel Keamanan” – Presiden Perancis

Related Posts