Serangan Israel Ragut Nyawa Penjaga Gol Palestin Saleem Al-Ashqar Di Gaza

ATLANTA, 02 Julai – Penjaga gol Palestin, Saleem Al-Ashqar terbunuh awal minggu ini di Gaza dalam serangan tentera Israel, lapor Anadolu Ajansi yang memetik kenyataan Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA).

PFA memaklumkan Al-Ashqar terbunuh akibat tembakan yang dilepaskan oleh tentera pendudukan Israel.

Menurut persatuan itu, beliau merupakan antara ratusan penggiat sukan Palestin yang terkorban, termasuk lebih 1,000 atlet Palestin, sejak Oktober 2023.

Al-Ashqar mendirikan rumah tangga lima bulan lalu dan isterinya kini sedang hamil anak pertama mereka.

Pemergiannya mencetuskan gelombang kesedihan dalam kalangan ahli keluarga, rakan sepasukan serta komuniti sukan Palestin dan antarabangsa.

“Kami amat berdukacita atas pemergian tragis penjaga gol Palestin berusia 32 tahun, Saleem Al-Ashqar.

“Beliau terbunuh di tangan tentera Israel. Kami amat sedih melihat insiden seumpama ini terus berlaku dan menyeru agar keadilan serta keamanan ditegakkan,” menurut kelab bola sepak Chile, Deportivo Palestino pada Rabu. – Bernama/Anadolu

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dua Ahli Kongres AS Sokong Penamatan Bantuan Ketenteraan Kepada Israel

Next Post

1,000 Hari Genosid: Lebih 73,000 Rakyat Palestin Syahid, Ribuan Lagi Masih Hilang

Related Posts