Siri 7 | Diari Dari Perut Bumi : Misi Dakwah Muhammad Zaki Di Dalam Terowong Gaza

Pernah fikir apa ada dalam terowong al-Qassam? Macam-macam.

Pusat strategi, kilang senjata, tempat rawatan..

Baru-baru ini, ada catatan tangan salah seorang mujahidin yang syahid telah dikumpulkan dan dibawa keluar dari terowong.

Catatan itu dia tulis atas kertas, menggunakan lampu kecil, semasa perang berterusan selama 2 tahun.

Mujahid itu telah pun syahid, namanya Muhammad Zaki.

Catatan itu selamat dan kini berjaya dibukukan.

Dalam catatan itu, mujahid ini menceritakan sisi lain dalam terowong.

Sisi tarbawi dalam terowong.
Tentang al-Quran, tentang tangisan qiamullail, tentang halaqah zikir, tentang budaya nasihat, tentang ukhuwah dan toleransi.

Cerita ini adalah sebagai bekalan kepada umat Islam lain.

Untuk kita berkenalan dengan para mujahid, kita bersangka baik dengan mereka, mendoakan mereka.

Untuk sama-sama kita hidupkan agama.
Catatan itu jugak merakamkan bagaimana mereka berusaha membina suasana Islam dan tarbawi walaupun berada 40-50 meter bawah tanah.

Dalam keadaan kurang cahaya, lembap, keletihan, lapar dan kesempitan dalam masa-masa pertempuran.

Namun perkara itu tidak menjadi pelemah semangat dan alasan para mujahidin.

Salah satu yang admin nak kongsi hari ini, adalah bagaimana mereka berusaha menjadikan terowong sebagai MADRASAH AL-QURAN.

1.Majlis Talaqqi Bersanad
Asy-syahid menceritakan dalam buku itu bagaimana para huffaz di kalangan mujahidini ni bukan sekadar menyimpan hafalan untuk diri sendiri.

Mereka menjadi mu’allim.
Termasuk asy-Syahid Muhammad Zaki ini sendiri.

(Dia hafiz ketika umur 10 tahun dan pernah syahadah.)

Briged al-Qassam menyusun atau mereka sendiri mengambil inisietif mengajarkan Al-Quran, tafsir, fiqah kepada para pejuang lain.
Dan mereka ajar dengan disiplin talaqqi yang tinggi.

Bacaan dibetulkan satu demi satu, makhraj diperhalus, tajwid dan semuanya mengikut disiplin sanad.

Ia diturunkan dari mulut ke mulut, disemak, dibetulkan, disambung kepada rantaian ilmu yang panjang, sehingga ke Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam.

Majlis sanad semasa tempoh perang ini dibuat selepas Isyak selama 2–3 jam, setiap hari.

Dua-tiga jam.
Untuk setiap mujahid.. bagi memastikan mereka semua sempat khatam dengan sanad!

Bukan sekejap!

Ini bukan majlis sekadar tazkirah ringkas lalu bersurai.

Ini majlis yang memerlukan tenaga, fokus, dan sabar.

Boleh tak kita duduk selepas isya’ tiga jam betulkan bacaan al-Quran?

Orang yang pernah duduk halaqah talaqqi tahu: nak membaca dan menyemak Al-Quran secara serius bukan kerja kecil, apatah lagi dalam suasana tekanan, lapar, gelap.

Soalan untuk kita yang elok sihat dekat luar ni, pernah tak kita khatam dengan guru secara betul dan bersanad?

Apa lagi alasan kita, sibuk kerja?

2.Kisah Jiwa Komander Dan Adabnya
Antara kisah yang dicatat adalah bagaimana seorang komander battalion, juga mengkhatamkan al-Quran secara bersanad, kepada beliau sendiri yang hanya berumur 30 tahun.

Dan komander itu menegaskan: “Aku yang akan datang kepada kamu” dan tidak membenarkan guru itu datang kepadanya untuk dia mengkhatamkan al-Quran.

Lihat cara komander itu meletakkan adab pada tempatnya!

Komander itu kata kepada guru yang muda bahawa dia sendiri akan datang membaca di hadapan beliau, bukan beliau yang datang kepadanya.

Walaupun dari sudut umur dan pangkat, komander itu “lebih besar”, namun dalam urusan Al-Quran dia memilih untuk menjadi “murid” yang tunduk pada tertib ilmu.

Walaupun asy-Syahid dalam organisasi di bawahnya dan menerima arahannya ketika perang.

Namun di hadapan al-Quran, pangkat ini diletakkan sebentar ke tepi.
Al-Quran lebih ditinggikan.

Lihat betapa tingginya adab Briged al-Qassam dan pemimpin mereka terhadap al-Quran!

3.Sebulan Tiga Kali Khatam
Dan bila seseorang sudah hafiz, memang ramai mujahid mampu khatam banyak kali sendiri.

Dalam catatan itu disebut mereka pernah sebulan dalam tempoh dikepung mereka khatam sebanyak tiga kali, walaupun tanpa air dan tanpa bekalan yang cukup.

Walaupun dalam keadaan perang yang sengit, dan kelaparan yang sangat teruk.

Dia menceritakan bagaimana para mujahid sangat merindui al-Quran.

Sangat dekat dengan al-Quran.

Begitulah salah satu sudut kehidupan dalam terowong yang dicatatkan.

Dan ini bukanlah untuk mereka bangga.

Ia seperti para Imam zaman dahulu menceritakan bagaimana mereka khatamkan quran dalam Ramadhan 30 kali atau lebih lagi.

Ia adalah untuk menjadi panduan dan pedoman rakan-rakan.
Kepada kita khususnya.

Untuk kita bertanya: bagaimana manusia yang lemah, lapar, sempit, tekanan, kesempitan masa dan waktu rehat, masih mampu menamatkan bacaan berkali-kali?
Untuk kita renung.

Bagaimana pula kita yang mempunyai banyak masa? Yang sihat? Yang ada kerja?
Yang boleh pergi ke pasar dan bazar?
Bagaimana tilawah al-Quran kita?
Satu renungan…

Semoga Allah beri hidayah kepada kita untuk mencintai dan mengkhatamkan al-Quran..

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ratusan Imam Dan Guru Al-Quran Syahid, Suasana Ramadan Di Gaza Pilu

Next Post

Israel Ancam Tawan Gaza Sepenuhnya Jika Hamas Enggan Serah Senjata

Related Posts