Syria Lantik Murhaf Abu Qasra Sebagai Menteri Pertahanan

ANKARA – Pentadbiran baharu Syria pada Selasa melantik Murhaf Abu Qasra sebagai Menteri Pertahanan negara itu, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan.

Agensi berita rasmi SANA melaporkan Abu Qasra dilantik sebagai Menteri Pertahanan dalam kerajaan sementara baharu.

Pelantikan ini sebahagian usaha untuk menyusun semula institusi negara Syria susulan kejatuhan rejim Bashar Assad pada 8 Disember lepas.

Beliau yang memerintah Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia selepas kumpulan anti-rejim mengambil alih Damsyik, menamatkan pemerintahan Parti Baath yang berkuasa sejak 1963. – Bernama-AA

#beritahariini #bumimikraj

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bayi Keenam Maut Di Gaza Akibat Cuaca Sejuk Melampau

Next Post

Ratusan Khemah Ditenggelami Banjir Akibat Hujan Lebat Di Gaza

Related Posts