Tawanan Israel Terancam Akibat Serangan Di Gaza – Hamas

GAZA, 16 September – Hamas memberi amaran bahawa serangan darat Israel yang berterusan di Gaza City bukan sahaja mengancam nyawa rakyat Palestin, tetapi juga menjejaskan keselamatan tentera Israel yang ditawan.

“Pemusnahan sistematik dan kempen pembasmian fasistik yang sedang berlaku di Gaza City turut mengancam nyawa askar Israel yang menjadi tawanan,” kata Hamas dalam kenyataan di Telegramnya.

Hamas turut mengecam Presiden AS Donald Trump kerana didakwa mengamalkan “dwistandard” berhubung operasi tentera Israel, isu tahanan serta jumlah korban awam di Gaza.

“Hidup tawanan Israel di Gaza adalah tanggungjawab penuh Netanyahu.

“Pentadbiran AS juga bertanggungjawab langsung terhadap peningkatan perang pembasmian di Gaza menerusi sokongan dan dasar penipuan mereka,” tambah kenyataan itu. -REUTERS

Sumber: Berita RTM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bertindaklah Sekarang Melawan Rejim Penjajah Israel

Next Post

Global Sumud Flotilla: 16 Negara Desak Bagi Jaminan Keselamatan Ke Gaza

Related Posts