Global Sumud Flotilla: 16 Negara Desak Bagi Jaminan Keselamatan Ke Gaza

KUALA LUMPUR, 16 September – 16 Menteri Luar Negeri dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Indonesia, Afrika Selatan, Turkiye, Qatar, dan Pakistan hari ini menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang sedang menuju ke Gaza.

Jabatan Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama, Afrika Selatan dalam satu kenyataan memaklumkan, para menteri menzahirkan sokongan terhadap inisiatif masyarakat sivil yang disertai rakyat dari negara masing-masing, dan menyeru agar keselamatan semua peserta terjamin.

“Flotila tersebut bertujuan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza serta meningkatkan kesedaran mengenai keperluan mendesak rakyat Palestin dan desakan agar peperangan di Gaza dihentikan.

“Objektif flotila ini menyampaikan bantuan kemanusiaan dan memperjuangkan keamanan sejagat serta pematuhan undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan turut dikongsi oleh kerajaan-kerajaan kami,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan yang disokong Bangladesh, Brazil, Colombia, Indonesia, Ireland, Libya, Malaysia, Maldives, Mexico, Pakistan, Qatar, Oman, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol, dan Turkiye itu turut menggesa semua pihak digesa supaya tidak melakukan sebarang tindakan ganas atau melanggar undang-undang terhadap flotila tersebut, dan mengingatkan bahawa sebarang pelanggaran hak asasi manusia atau serangan ke atas kapal di perairan antarabangsa akan membawa kepada tindakan akauntabiliti.

Sumber: Berita RTM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tawanan Israel Terancam Akibat Serangan Di Gaza – Hamas

Next Post

9 Kapal Bantuan Belayar Ke Gaza, 6 Lagi Sedia Pecahkan Sekatan Israel

Related Posts