
GAZA: Kekejaman rejim zionis berterusan selepas Mahkamah Israel menolak petisyen yang menuntut supaya menyambung semula bekalan elektrik di Gaza.
Petisyen itu dikemukakan oleh keluarga tahanan Hamas bagi pemulihan bekalan elektrik yang disekat sejak bulan lalu.
Hakim memaklumkan keputusan untuk menyambung semula bekalan elektrik tidak tertakluk kepada semakan institusi kehakiman.
Alasan tidak munasabah turut dinyatakan hakim terbabit bahawa kononnya isu berkenaan di bawah bidang kuasa kepimpinan politik.
Hakim itu juga beranggapan Israel tidak mempunyai kewajipan untuk membekalkan elektrik di Gaza.
Israel sebelum ini menyifatkan tindakan menghentikan bekalan elektrik terakhir ke Gaza pada 9 Mac lalu susulan mendakwa berlaku pelanggaran perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan. – REUTERS
Sumber: Buletin Tv3
#beritahariini
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj