Trump Yakin Mesir, Jordan Akan Terima Rakyat Palestin

BANGI, 1 SYAABAN — Presiden Amerika Syarikat (AS) menegaskan Mesir dan Jordan akan bersetuju menerima dua juta rakyat Palestin dalam pelan pembangunan gencatan senjata di Gaza.

Donald Trump berkata sudah banyak yang dilakukan AS dalam membantu Mesir dan Jordan maka pelan pemindahan itu dianggap akan terlaksana, lapor The National.

“Mereka akan buat. Mereka akan menerimanya. Banyak yang kita sudah lakukan untuk mereka. Mereka akan menerimanya,” katanya kepada pemberita di Washington semalam.

Trump minggu lalu bercadang mahu memindahkan rakyat Gaza selepas menyifatkan wilayah itu mengalami kemusnahan teruk dibedil Zionis.

Katanya, cadangan itu sudah disuarakan kepada Raja Jordan, Raja Abdullah selepas melihat kemusnahan teruk di Gaza.

“Saya mahu Mesir dan Jordan mengambil rakyat Gaza,” katanya kepada pemberita.

Trump membayangkan cadangan pemindahan itu mungkin bersifat kekal atau sementara yang mendapat sokongan penuh puak kanan Israel.

Istana Jordan dalam satu kenyataan sebelum ini menjelaskan pendirian tegas mereka untuk mempertahankan hak rakyat Palestin untuk berada di tanah mereka.

Presiden Mesir Abdel Fattah El Sisi pada Rabu menyifatkan cadangan Trump itu satu lagi bentuk penindasan kepada rakyat Palestin.

Parlimen Mesir pada Selasa juga menolak cadangan Trump yang mahu memindahkan sebahagian rakyat Gaza ke negara itu.

Ketuanya, Hanafi Gebali berkata cadangan Trump itu satu ancaman serius yang mampu merubah landskap geo polilitik Timur Tengah. – Tv Pertiwi

#beritahariini #bumimikraj

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ketua Tentera Hamas, Mohammed Deif Telah Disahkan Syahid

Next Post

Israel Gunakan Tempoh Genjatan Senjata untuk “beri laluan” AS ambil alih Gaza

Related Posts