Zionis Terus Mengganas, Penduduk Gaza Dibunuh Sesuka Hati

LONDON – Seorang askar simpanan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) membongkar kekejaman sebenar yang dilakukan terhadap penduduk Gaza.

Pendedahan itu dibuat anggota Divisyen ke-252 yang berkhidmat dalam tiga penugasan di Gaza menerusi temu bual ‘eksklusif’ bersama wakil Sky News.

“Kami terima arahan untuk menembak sesiapa sahaja yang memasuki ‘kawasan larangan’. Pasukan kami juga diarahkan untuk menanda garisan sempadan yang tidak kelihatan berhampiran kawasan orang awam.

“Penduduk Palestin perlu akur dengan ‘garisan’ tersebut atau berisiko ditembak. Tetapi, tidak semua sedia maklum terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja tentang penubuhan sempadan tersebut.

“Keputusan untuk melepaskan tembakan juga bergantung kepada mood komander bertugas kerana arahan itu sering berubah-ubah,” ujarnya.

Menurutnya, komander mempunyai kuasa untuk membuat peraturan sendiri meskipun ia mungkin membunuh orang awam.

“Pegawai tertinggi tidak akan dikenakan tindakan atas keputusan semberono seperti itu,” katanya lagi.

Askar simpanan itu juga mendakwa seluruh anggota IDF melihat penduduk Gaza sebagai sasaran sah dan boleh dibunuh sesuka hati.

Dalam perkembangan berkaitan, Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) yang mengendalikan hab bantuan digelar sebagai ‘perangkap maut’ penduduk Gaza mencadangkan penubuhan kem sementara untuk menempatkan golongan itu.

Rangkaian media melaporkan pelan kontroversi menelan kos AS$2 bilion (RM8.5 bilion) itu dikemukakan kepada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan kini sedang dibincangkan di Rumah Putih. – Agensi

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Angka Korban Di Gaza Meningkat Kepada 57,575 Orang

Next Post

Rundingan Gencatan Senjata Gaza Perlukan Lebih Masa – Qatar

Related Posts