
TEHRAN: Sekurang-kurangnya 71 orang terkorban dalam serangan udara Israel ke atas penjara Evin di Tehran ketika konflik bersenjata selama 12 hari.
Serangan yang pada Selasa lalu itu turut memusnahkan sebahagian bangunan pentadbiran penjara berkubu yang terkenal sebagai lokasi tahanan politik dan warga asing, termasuk penerima Hadiah Nobel Keamanan, Narges Mohammadi.
Menurut jurucakap badan kehakiman negara itu, Asghar Jahangir, angka korban melibatkan kakitangan pentadbiran, pengawal, banduan, ahli keluarga yang sedang melawat serta penduduk di sekitar kawasan penjara.
“Menurut angka rasmi, 71 orang maut dalam serangan ke atas penjara Evin,” katanya.
Sementara itu, gambar yang dikongsi pihak kehakiman menunjukkan keadaan dinding dan siling runtuh serta serpihan berselerakan di kawasan menunggu dan bilik lawatan, selain pusat perubatan penjara turut menjadi sasaran.
Sehari selepas insiden, pihak berkuasa penjara Iran memindahkan banduan ke lokasi lain, namun butiran jumlah dan identiti mereka tidak didedahkan.
Dalam pada itu, serangan berkenaan dilihat sebagai peluasan sasaran rejim Zionis yang sebelum ini lebih tertumpu kepada kemudahan ketenteraan dan nuklear negara itu.
Sumber: Buletin Tv3
#beritahariini
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj