5 Wartawan Palestin Terkorban Dalam Serangan Udara Israel

GAZA: Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.

Insiden itu disahkan pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Sejurus insiden, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi bagi operasi pemadapan api.

Anggota turut dilihat sedaya upaya membuka pintu van.

Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.

Van tersebut digunakan wartawan daripada saluran televisyen Al-Quds Al-Youm untuk melaporkan dari dalam hospital dan kem Nuseirat.

Israel bagaimanapun tidak memberi sebarang kenyataan berhubung insiden berkenaan.- Astro Awani

#beritahariini #bumimikraj

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kita Dan Baitul Maqdis. Kenapa Perlu Bela Nasib Palestin?

Next Post

12 Kontena Misi Bantuan MAPIM Berjaya Masuk Ke Gaza

Related Posts