Serangan Israel Di Tebing Barat Ragut 16 Nyawa Termasuk Ibu Mengandung

KAHERAH/RAMALLAH, 17 Mac: Tentera Israel membunuh 16 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza serta Tebing Barat, semalam, menurut pegawai kesihatan, ketika rejim Zionis turut melancarkan serangan berterusan terhadap Iran dan Lubnan.

Petugas perubatan dan Kementerian Dalam Negeri di Gaza berkata, serangan udara Israel telah meragut nyawa seorang pegawai polis kanan dan lapan lagi anggota lain.

Serangan itu mengenai kenderaan dinaiki mereka berhampiran pintu masuk ke bandar Zawayda di tengah Gaza.

Sekurang-kurang 14 lagi mangsa yang kebanyakan mereka adalah orang awam, mengalami kecederaan dalam kejadian itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Terdahulu semalam, pegawai kesihatan berkata, serangan udara Israel mengorbankan tiga mangsa – seorang lelaki, isterinya yang sedang mengandung dan anak lelaki mereka – di Nuseirat, tengah Gaza.

Pihak berkuasa kesihatan Palestin memaklumkan dalam kejadian di perkampungan Tammun, Tebing Barat pula, seorang lelaki berusia 37 tahun bersama isteri berumur 35 tahun dan dua anak lelaki mereka berusia lima serta tujuh tahun maut selepas ditembak di kepala ketika menaiki sebuah kenderaan.

Dua lagi anak lelaki pasangan itu dilaporkan mengalami kecederaan.

Seorang daripada mangsa cedera itu yang berusia 12 tahun berkata, tentera kemudian menariknya keluar daripada kenderaan itu sebelum memukulnya.

Tentera Israel mendakwa bahawa pihaknya sedang meneliti kejadian itu.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Siri 27 | Madrasah Yusuf Di Balik Jeriji: Bagaimana Al-Quran Menjadi Penyelamat Jiwa Pejuang Di Penjara Israel

Next Post

Siri 28 | Gaza Kilang Pejuang: Rahsia Pembinaan Generasi Taufan Al-Aqsa

Related Posts