Hujan Lebat Tambahkan Lagi Derita Penduduk Di Gaza

GAZA – Hujan lebat sepanjang minggu lalu telah memburukkan lagi kehidupan ratusan ribu rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza.

Menurut jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), keadaan cuaca pada waktu malam “sangat teruk”, dengan hujan yang begitu lebat sehingga air bertakung setinggi sehingga 15 sentimeter berhampiran pejabat agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu (PBB).

Jonathan Crickx melahirkan rasa bimbang keadaan kanak-kanak yang tinggal dalam khemah dan tempat perlindungan sementara dengan pakaian basah kuyup, mendedahkan mereka kepada hipotermia dan penyakit lain.

Kementerian Kesihatan Gaza yang ditadbir Hamas berkata, seorang bayi telah meninggal dunia akibat hipotermia dan sekurang-kurangnya 11 orang lagi terkorban dalam runtuhan bangunan yang disebabkan oleh cuaca buruk.

Agensi-agensi PBB itu telah meningkatkan penghantaran khemah, selimut dan pakaian sejak gencatan senjata Gaza bermula sembilan minggu lalu, namun mereka menyatakan bantuan yang masuk masih tidak mencukupi.

PBB menganggarkan hampir 55,000 keluarga setakat ini terjejas akibat hujan, dengan barangan dan tempat perlindungan mereka rosak atau musnah.

Lebih daripada 40 pusat perlindungan kecemasan yang ditetapkan telah ditenggelami air dengan teruk susulan hujan lebat pada hari Isnin dan Selasa, memaksa ramai penduduk berpindah sekali lagi. – Agensi

Sumber: Malaysia Gazette

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tragedi Gaza: 30 Ahli Keluarga Ditemui Terkubur Di Bawah Runtuhan Rumah

Next Post

Operasi Bantuan Di Gaza Berisiko Terhenti Jika Sekatan Israel Berlarutan

Related Posts