Israel Rugi Hampir AS$3 Bilion Akibat Perang Dengan Iran

TEHRAN – Israel rugi hampir AS$3 bilion akibat kemusnahan perang dengan Iran.

Perkara itu didedahkan media Amerika yang memetik sumber, melaporkan, penilaian dalaman Israel menunjukkan Iran berjaya menembusi sistem pertahanan Israel selama hampir dua minggu serangan balas menggunakan peluru berpandu sehingga menyebabkan kerosakan besar terhadap infrastruktur rejim tersebut.

Konflik bermula apabila rejim zionis melancarkan perang dengan menceroboh Iran pada 13 Jun lalu dan melancarkan serangan ke kawasan ketenteraan, nuklear dan kediaman di republik ini selama 12 hari.

Amerika Syarikat turut campur tangan dan melancarkan serangan ketenteraan ke atas tiga tapak nuklear di Natanz, Fordow dan Isfahan pada 22 Jun.

Pasukan tentera Iran segera melancarkan serangan balas yang hebat selepas pencerobohan itu.

Pasukan Angkasa Lepas Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) telah melaksanakan 22 gelombang serangan peluru berpandu sebagai sebahagian daripada Operasi Janji Sebenar III, yang menyebabkan kerugian besar ke atas bandar-bandar di wilayah jajahan.

Pertempuran tersebut berhenti selepas gencatan senjata dikuatkuasakan 24 Jun lalu. -AGENSI

Sumber: Malaysia Gazette

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

3 Terbunuh, Israel Serang Selatan Lubnan

Next Post

71 Terbunuh Dalam Serangan Israel Ke Atas Penjara Evin Di Iran

Related Posts