3 Terbunuh, Israel Serang Selatan Lubnan

BEIRUT: Sekurang-kurangnya tiga orang di selatan Lubnan maut dalam serangan Israel semalam, meskipun gencatan senjata masih berkuat kuasa di wilayah itu, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.

Sementara itu, kumpulan Hizbullah yang disokong Iran memberi isyarat kesabaran mereka terhadap ‘pencerobohan berterusan’ semakin menipis.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan serangan dron oleh ‘musuh Israel’ ke atas sebuah kereta di Kunin, selatan Lubnan meragut nyawa seorang lelaki dan mencederakan seorang lagi.

Tentera Israel dalam kenyataannya berkata, serangan itu mengakibatkan kematian Hassan Muhammad Hammoudi, yang didakwa bertanggungjawab terhadap serangan peluru berpandu anti-kereta kebal ke atas wilayah Israel semasa perang baru-baru ini.

Dalam kenyataan kedua semalam, kementerian itu memaklumkan satu lagi serangan ke atas sebuah motosikal di Mahrouna, berhampiran Tyre menyebabkan ‘dua syahid dan seorang cedera’ dengan seorang yang terbunuh itu adalah wanita.

Serangan itu berlaku sehari selepas Israel membunuh seorang wanita dan mencederakan 25 yang lain dalam beberapa serangan di selatan Lubnan.

Agensi Berita Kebangsaan Lubnan melaporkan wanita itu terbunuh dalam serangan dron Israel ke atas sebuah pangsapuri di bandar Nabatiyeh.

Namun, jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee, dalam satu kenyataan di media sosial berkata. tenteranya ‘tidak menyasarkan mana-mana bangunan awam’, sebaliknya menyatakan kematian itu berpunca daripada peluru berpandu Hizbullah yang meletup akibat serangan Israel.

Tentera Israel berkata pihaknya sudah mengenal pasti usaha pemulihan yang dilakukan oleh Hizbullah sebelum ini dan menyerang lokasi infrastruktur keganasan di kawasan berkenaan.

Adraee berkata, bangunan awam itu rosak akibat ledakan peluru berpandu disimpan di dalamnya, yang meletup apabila terkena serangan Israel.

Israel berulang kali mengebom negara jirannya di utara itu walaupun gencatan senjata yang dimeterai pada November lalu bertujuan menamatkan lebih setahun pertempuran dengan Hizbullah.

Ketua Hizbullah, Naim Qassem dalam ucapan yang disiarkan di televisyen semalam menyatakan pencerobohan berterusan oleh Israel tidak boleh dibiarkan.

“Kerajaan (Lubnan) harus mengambil tindakan tegas dan melaksanakan semua tanggungjawabnya,” katanya sambil menegaskan Hizbullah telah menunaikan komitmen mereka dalam perjanjian gencatan senjata.

“Adakah anda fikir kami akan terus berdiam diri selama-lamanya? Tidak. Segala-galanya ada hadnya,” katanya.

Di bawah perjanjian gencatan senjata itu, Hizbullah dikehendaki menarik semula pejuangnya ke utara Sungai Litani, kira-kira 30 kilometer (km) dari sempadan Israel dengan hanya tentera Lubnan dan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibenarkan bersenjata di kawasan itu.

Israel pula diwajibkan menarik balik tenteranya sepenuhnya dari Lubnan, namun masih mengekalkan kehadiran di lima lokasi di selatan negara itu yang dianggapnya sebagai strategik. – AFP

Sumber: Buletin Tv3

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

112 Kanak-Kanak Gaza Dirawat Setiap Hari Akibat Kurang Zat Makanan – WHO

Next Post

Israel Rugi Hampir AS$3 Bilion Akibat Perang Dengan Iran

Related Posts