Kanak-Kanak Mangsa Serangan Zionis Berjaya Diselamatkan Dari Runtuhan

BANDAR GAZA – Sebuah rakaman tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki Palestin bersama adiknya yang masih bayi diselamatkan daripada runtuhan rumah keluarganya yang dibedil rejim Zionis.

Menerusi klip itu yang disiarkan Al Jazeera pada Selasa, mangsa bersama adik dan ibunya dipercayai terperangkap selama beberapa jam sebelum dibawa keluar pasukan penyelamat.

Insiden itu berlaku ketika Israel memperhebatkan kempen pengeboman mereka ke atas Bandar Gaza pada Isnin.

Meskipun dikecam komuniti antarabangsa, Zionis terus melancarkan serangan ganas tanpa henti ke atas Gaza dan meragut lebih 50 nyawa.

Dalam insiden berasingan, kereta kebal milik Pasukan Pertahanan Israel (IDF) bersama unit dron menembak penduduk Palestin kelaparan yang berkumpul di pusat bantuan kendalian Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) disokong Tel Aviv dan Amerika Syarikat (AS) dan menyebabkan puluhan lagi mangsa terkorban.

Keganasan yang berterusan di pusat bantuan itu mengundang kritikan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa siasatan bebas dilancarkan ke atas tragedi yang mengorbankan lebih 75 penduduk Gaza dalam tempoh kurang seminggu. – Agensi

Sumber: Sinar Harian

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Bunuh 27 Lagi Rakyat Palestin Ketika Menunggu Bantuan Di Rafah

Next Post

Angka Kematian Di Gaza Telah Mencecah Lebih 54,500 Orang

Related Posts