Kedutaan Amerika Syarikat Di Baitulmaqdis Ditutup Sementara

BAITULMAQDIS: Kedutaan Amerika Syarikat (A.S.) di Baitulmaqdis ditutup bermula Rabu hingga Jumaat susulan situasi keselamatan semasa di rantau itu serta arahan pihak berkuasa Israel.

Dalam kenyataan menerusi platform X pada Selasa, Jabatan Negara A.S. memaklumkan, penutupan itu turut melibatkan semua urusan konsular di Baitulmaqdis dan Tel Aviv.

Penutupan sementara itu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga susulan ketegangan yang semakin meningkat di wilayah berkenaan.

Bulan lalu, satu perarakan besar di Baitulmaqdis bagi memperingati penguasaan Israel ke atas timur kota itu pada perang 1967 bertukar huru-hara apabila pelampau Yahudi menyerang penduduk Palestin.

Perarakan tahunan yang dikenali sebagai ‘Flag March’ itu menarik puluhan ribu peserta yang melaungkan slogan dan mengibarkan bendera Israel.

Baitulmaqdis turut menyaksikan peningkatan serangan oleh peneroka Yahudi ke atas penduduk Palestin.

Sumber: Buletin Tv3

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Konflik Memuncak: IRGC Lancar Serangan Ke Pangkalan Udara Israel

Next Post

Iran Bedil Israel Guna Peluru Berpandu Hipersonik

Related Posts