Kekurangan Bahan Api Paksa Kenderaan Kecemasan Gaza Henti Operasi

Pertahanan Awam Gaza pada Selasa memaklumkan bahawa kebanyakan kenderaan kecemasannya terpaksa menghentikan operasi kerana kekurangan bahan api, menimbulkan kebimbangan mengenai situasi kemanusiaan yang semakin teruk di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Kami mengisytiharkan pemberhentian operasi bagi kebanyakan kenderaan pertahanan awam di Wilayah Gaza kerana bahan api yang tidak mencukupi. Pada masa ini, kami beroperasi dengan hanya sebuah lori tangki air dan sebuah kenderaan penyelamat,” menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

Pertahanan Awam Gaza menekankan bahawa sejak pertengahan November, kru kecemasan tidak dapat menjawab banyak panggilan penduduk mahupun sampai ke lokasi serangan Israel.

Sumber: Bernama

#beritahariini #sebarkankemenangan #akhiripenjajahan #ummahfadhilah #bumimikraj

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Peranan Pendirian Kerajaan Dalam Taufan Aqsa

Next Post

Kenyataan Tegas Hamas : Tiada Sebarang Pertukaran Tebusan Selagi Perang Berterusan!

Related Posts