PBB Tolak Rancangan Israel Salur Bantuan Gaza Guna Kontraktor AS

HAMILTON – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan tegas menentang sekali lagi rancangan kawalan penyampaian bantuan Israel yang dilaporkan untuk rakyat Palestin di Gaza melalui kontraktor keselamatan swasta Amerika Syarikat (AS).

Anggota Majlis Keselamatan PBB, Farhan Haq berkata, PBB tidak dimaklumkan secara langsung mengenainya.

Beliau mengulas kenyataan perutusan khas Timur Tengah Presiden AS Donald Trump, Steve Witkoff yang memberi taklimat mengenai rancangan tersebut kepada Majlis Keselamatan PBB.

“Saya percaya ini adalah sesuatu yang diterima oleh individu dalam Majlis Keselamatan dalam taklimat AS semalam.

“Jadi, ini bukan acara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya.

Witkoff dalam taklimatnya telah memberi tumpuan kepada pelan bantuan baharu untuk Gaza yang dicadangkan oleh AS dan Israel.

Menerusi rancangan itu, bantuan-bantuan yang diberikan kepada Gaza akan diuruskan melalui kontraktor keselamatan swasta AS.

“Apa yang mereka sampaikan kepada kami setakat ini nampaknya direka untuk mengawal dan menyekat bekalan sehingga kalori dan bijirin tepung terakhir.

“Setiausaha Agung telah menjelaskan bahawa PBB tidak akan terlibat dalam sebarang pengaturan yang gagal menegakkan prinsip kemanusiaan iaitu kemanusiaan, kesaksamaan, kebebasan dan berkecuali,” tegasnya.

Pada hari Khamis, AS berkata, sebuah yayasan baharu akan bertindak mengagihkan bantuan kepada Gaza tidak lama lagi, sekali gus mengetepikan PBB.

Israel telah mengenakan sekatan bantuan selama dua bulan kepada penduduk Gaza yang teruk dilanda perang hingga menjejaskan kehidupan 2.4 juta penduduk wilayah tersebut.

Jurucakap Jabatan Negara Tammy Bruce berkata, yayasan itu bukan kerajaan dan akan membuat pengumuman “segera” tanpa memberikan butiran lanjut. – Agensi

Sumber: Malaysia Gazette

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia Kutuk Rancangan Pembersihan Etnik Oleh Israel Di Gaza

Next Post

Strategi Zionis Menjajah Palestin Melalui Penempatan dan Pembandaran

Related Posts