Sembilan Pegawai Polis Gaza Terkorban Dalam Serangan Udara Israel

GAZA, 16 Mac– Kementerian Dalam Negeri Gaza yang dikendalikan Hamas mengesahkan bahawa sembilan orang pegawai polis terkorban dalam satu serangan udara Israel yang menyasarkan kenderaan mereka di tengah wilayah Palestin pada Ahad.

Antara mangsa yang terbunuh dalam serangan di pekan Zawaida itu termasuklah Ketua Polis Wilayah Tengah, Kolonel Iyad Abu Yousef.

Insiden itu berlaku ketika delegasi Hamas dijadualkan bertemu dengan pegawai Mesir di Kaherah bagi membincangkan krisis yang sedang berlarutan.

Pihak berkuasa Gaza menyifatkan serangan tersebut sebagai satu jenayah kejam yang bertujuan untuk memburukkan lagi malapetaka kemanusiaan di Gaza.

Selain itu, agensi pertahanan awam Gaza turut melaporkan empat lagi kematian dalam serangan berasingan oleh tentera Israel di kem pelarian Nuseirat pada hari yang sama.

Ketegangan tersebut berlaku di sebalik perjanjian gencatan senjata yang telah berkuat kuasa sejak 10 Oktober lalu, di mana kedua-dua belah pihak kerap saling menuduh berlaku pelanggaran syarat.

Di Kaherah, delegasi Hamas yang diketuai oleh Nizar Rayyan telah bertemu dengan wakil antarabangsa bagi menuntut penghentian segera segala bentuk pelanggaran serta mendesak Israel melaksanakan fasa kedua perjanjian gencatan senjata, termasuk pembukaan semula pintu sempadan Gaza yang telah ditutup sejak hujung Februari lalu.

Menurut data Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 663 rakyat Palestin telah terkorban sejak gencatan senjata bermula. -AFP

Sumber: Berita RTM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gaza Dilanda Ribut Pasir, Penduduk Diarah Berlindung Segera

Next Post

Siri 27 | Madrasah Yusuf Di Balik Jeriji: Bagaimana Al-Quran Menjadi Penyelamat Jiwa Pejuang Di Penjara Israel

Related Posts