Siri 14 | Ibu Seribu Pejuang: Ummu Nidal yang Menghantar 3 Orang Anaknya Mengejar Syahid

Biasanya kita selalu dengar hero perjuangan Palestin, tapi kita jarang dengar tentang heroin di belakang hero-hero hebat ini. Heroin kali ini ialah Ummu Nidal, ibu seribu pejuang.

Nama Ummu Nidal yang sebenar ialah Maryam Muhammad Yusuf Muhaysin. Tapi kenapa dipanggil Ummu Nidal? Sebab nama anak pertamanya ialah Nidal. Ummu Nidal lahir di Shujaiyyah, Gaza pada tahun 1949.

Kenapa Ummu Nidal dikira heroin dan ibu seribu pejuang?

Sebenarnya seribu tu bukanlah angka, tetapi kerana jasanya dalam menyokong perjuangan mujahidin di sana. Ummu Nidal sebenarnya ada 10 orang anak hasil perkahwinannya dengan Fathi Rabat Farhaat. Semua anak-anak beliau merupakan hero dan ada di antara mereka yang syahid di medan perang, iaitu Nidal, Muhammad dan Rawan. Sebab tu juga, Ummu Nidal ni digelar Khansa’ Palestin, kerana persamaan beliau dan sahabiah Rasulullah mempunyai ramai anak yang syahid.

Anak-anak Ummu Nidal hebat kerana didikan ibu mereka yang sangat kental. Ummu Nidal memperkenalkan anak-anaknya dengan hero Palestin sejak kecil. Ada suatu masa tu, beliau tumpangkan Imad Aqil di rumahnya. Paling dahsyat, masa tu Imad Aqil adalah salah seorang pejuang yang betul-betul dicari Israel. Walaupun berhadapan dengan risiko tinggi, Ummu Nidal yakin dan tenang beri Imad berlindung di rumah beliau, dan akhirnya Imad syahid di rumahnya setelah menjadi sasaran Israel.

Bukan Imad sahaja, tapi ramai pejuang yang berlindung di rumah Ummu Nidal seperti Muhammad Deif, Raed al-Hallab dan Ayman Muhanna.. Hasil daripada itu, anak-anak Ummu Nidal ni rasa terinspirasi dengan kehebatan pejuang-pejuang tersebut. Maka, tak hairanlah kenapa anak-anaknya juga hebat belaka.

Didikan Ummu Nidal yang memperkenalkan roh perjuangan kepada anaknya sejak kecil mula membuahkan hasil apabila anak sulungnya, Nidal menjadi pelopor penciptaan roket bagi Briged al-Qassam!

Idea ini tercetus apabila Nidal mula nampak perbezaan kekuatan antara rakyat Palestin dan penjajah Israel. Israel guna Merkava, kereta kebal, bom dan roket,, tapi kita baling batu?

Jadi, beliau dan kawannya Tito mula buat projek mereka untuk menghasilkan roket untuk briged, Nidal mula buat bahan letupan untuk roket daripada kosong menggunakan bahan kimia agrikultur dan tanam dalam pasu lepastu simpan bahan letupan dalam paip besi. Ada cubaannya yang berjaya, ada yang gagal juga. Tapi Nidal dan Tito tidak berputus asa sampai mereka dapat bahan yang betul. Kemudian, mereka minta pandangan Sheikh Ahmad Yaasin, Sheikh Salah Syahadah dan Adnan al-Ghoul tentang roket tersebut. Akhirnya, mereka berhasil reka satu bentuk roket. Masa Ummu Nidal tahu, beliau sangat gembira dengan kejayaan anaknya, sehinggakan Nidal cakap,

“Aku tak pernah tengok mak aku segembira ini!”

Nidal tak berhenti di situ sahaja. Lepas berjaya buat roket pertama, beliau sambung projek buat dron tanpa pemandu (pilotless drone). Nidal beli bangkai dron yang tak digunakan dan mulai ‘bedah’ dron tu untuk tahu bahagian-bahagian penting dalam dron. Pendek cerita, Nidal berjaya juga buat dron untuk Briged. Disebabkan kecerdikan dan inovasi Nidal, beliau digelar “Kuda Liar” kerana tak ada siapa boleh hentikan sikap ingin tahunya. Namun, akhirnya Nidal syahid sebab ada satu kali tu beliau beli dron, tapi dron tu dah dipasang perangkap oleh Israel. Jadi, dron tu meletup kat tangan Nidal.

Walaupun Nidal syahid, jasa beliau sangat besar sebab perkenalkan era baru perjuangan hero di Palestin. Mana tidaknya, daripada batu dan kayu terus transform kepada roket dan dron!

Hebat tak hebat?

Sampai sekarang, mesti banyak pahala yang Nidal dapat hasil susah payah beliau. Sekarang, dah macam-macam jenis roket dan dron yang Briged ada. Kita ada Ayyash 250, J80, M75 dan lain-lain. Paling power, dah boleh gegarkan langit Tel Aviv. Semuanya bermula dengan Nidal.

Dan Nidal? Bermula daripada tangan yang menghayun buaian, tampak lemah secara adat tapi berkuasa menggegar dunia! Itulah hebatnya didikan ibu bernama Maryam ataupun dikenali sebagai Ummu Nidal.

Ummu Nidal meninggal pada 17 Mac 2023 di Hospital al-Shifa, Gaza akibat sakit yang berpanjangan.

Begitulah, kita jangan rasa lemah menjadi ibu, apatah lagi jika kita merupakan suri rumah. Sebenarnya, ibulah sosok paling ampuh dalam membentuk anak untuk jadikan mereka,

“Siapa aku akan datang?”

Maka, berbanggalah menjadi ibu dan siapkanlah diri dengan ilmu dan iman kerana umat Islam dahagakan kekuatan ibu yang hebat seperti Ummu Nidal!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Tutup Semua Sempadan Gaza dan Sekat Bantuan PBB Susulan Perang AS – Iran

Next Post

Penduduk Gaza Terus Terhimpit Dan Kena ‘Tempias’ Konflik AS-Iran

Related Posts