Israel Tutup Semua Sempadan Gaza dan Sekat Bantuan PBB Susulan Perang AS – Iran

HAMILTON – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin memaklumkan Israel telah menutup semua lintasan sempadan ke Semenanjung Gaza dan menggantung pergerakan kemanusiaan di dalam serta berhampiran kawasan tentera Israel masih dikerahkan, lapor Anadolu Ajansi.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, pihak berkuasa Israel juga menangguhkan penggiliran petugas kemanusiaan PBB yang telah dirancang.

“Pemindahan perubatan dan kepulangan penduduk ke Gaza juga telah digantung berikutan tindakan itu,” katanya pada sidang media sambil menegaskan bahawa penduduk di Gaza bergantung kepada penghantaran bantuan yang konsisten.

“Penduduk di Gaza, seperti yang anda ketahui, bergantung kepada aliran barangan kemanusiaan dan komersial yang stabil dari luar. Memandangkan kapasiti penyimpanan yang terhad serta kemusnahan di seluruh kawasan yang dilanda serangan Israel di Semenanjung Gaza ini, kami dan rakan kongsi telah berusaha keras untuk mengekalkan aliran bekalan yang berterusan dan boleh diramal walaupun berdepan sekatan berterusan, namun ia tidak dapat diteruskan di bawah sekatan penuh,” katanya.

“Adalah penting semua lintasan dibuka semula secepat mungkin,” tambahnya.

Di Tebing Barat yang diduduki, Dujarric berkata, tentera Israel terus menutup kebanyakan pusat pemeriksaan, sekali gus menyekat pergerakan antara bandar dan wilayah Palestin serta mengehadkan akses kepada mata pencarian dan perkhidmatan.

“Undang-undang kemanusiaan antarabangsa adalah jelas. Seperti yang kami katakan setiap hari, malah berkali-kali sehari, orang awam mesti dilindungi dan keperluan asas mereka dipenuhi, termasuk melalui kemasukan, pergerakan serta pengagihan bantuan kemanusiaan tanpa halangan,” katanya.

Pada pagi Sabtu, Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran dengan mendakwa ia bertujuan menghapuskan “ancaman” yang ditimbulkan oleh “rejim” Iran.

Sebagai tindak balas, Iran menyasarkan Israel dan pangkalan AS di rantau itu dengan peluru berpandu dan dron.

Israel mengisytiharkan “keadaan darurat khas dan serta-merta” di seluruh negara.- Bernama-Anadolu

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Siri 13 | Ayah, Hangatkanlah Anak-Anakku: Kisah Benar Seorang Syahid Menjaga Keluarganya Dari Alam Barzakh

Next Post

Siri 14 | Ibu Seribu Pejuang: Ummu Nidal yang Menghantar 3 Orang Anaknya Mengejar Syahid

Related Posts