
Pasti kita semua masih ingat pada sekeping foto ikonik tahun 2000โseorang kanak-kanak kecil Palestin dengan berani berdiri membaling batu ke arah kereta kebal raksasa Israel. Kanak-kanak itu adalah Fares Audah.
Namun, apa yang dunia jarang bicarakan adalah tentang sahabat karibnya yang turut berada di tempat kejadian, menjerit memanggilnya pulang, dan akhirnya menyaksikan Fares gugur syahid di depan matanya sendiri.
Sahabat itu adalah Muhammad Al-Najjar.
Mereka terpisah secara tragis di usia yang sangat muda oleh peluru penjajah. Namun siapa sangka, takdir akhirnya menyatukan kembali dua sahabat karib ini berdekad kemudian, dengan asbab dan gelaran yang samaโSyahid.
Daripada seorang saksi yang menangisi kematian rakan sepermainannya, beliau membesar menjadi seorang Asir al-Muharrar (bekas tahanan Palestin) dan kemudiannya anggota Briged Mujahidin yang lahir dari derita serta luka bangsanya.
Ini adalah kisah hidupnya.
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐บ๐๐น๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ ๐๐๐ฎ๐ ๐ง๐ถ๐ธ๐ฎ๐ฟ ๐ฆ๐ฒ๐ท๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ต
Muhammad Ismail Al-Najjar dilahirkan pada tahun 1989 di Hay Zaitun, Gaza. Beliau membesar dalam sebuah keluarga yang sederhana namun sangat menitikberatkan agama.
Ibunyalah guru pertamanya. Dari bibir ibunya, Muhammad mula mengenal huruf dan menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.
Zaman kanak-kanaknya bermula seperti anak-anak Gaza yang lain; bermain bola di lorong kampung bersama rakan-rakan. Di sekolah, dia seorang pelajar cemerlang dan sering mendapat deretan ‘A’ dalam peperiksaan.
Namun, realiti hidup di Gaza sangat keras. Akibat kemiskinan, kanak-kanak cemerlang ini terpaksa berhenti sekolah. Tangan kecilnya mula memegang cangkul dan bekerja sebagai petani demi menyara keluarga.
๐ง๐ฟ๐ฎ๐๐บ๐ฎ ๐๐ถ ๐ฆ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐น๐ถ๐ธ ๐๐ฒ๐ฏ๐๐ป
Hidupnya penuh liku. Bayangkan, seawal jam 5 pagi, Muhammad sudah keluar rumah. Perjalanan ke kebun yang sepatutnya dekat menjadi jauh hingga memakan masa hampir dua jam gara-gara sekatan jalan raya oleh tentera penjajah. Beliau hanya akan tiba semula di rumah pada jam 10 malam.
๐๐ฒ๐๐ถ๐ธ๐ฎ ๐ถ๐๐, ๐๐๐ถ๐ฎ๐ป๐๐ฎ ๐ฏ๐ฎ๐ฟ๐ ๐ญ๐ฐ ๐๐ฎ๐ต๐๐ป.
Dia tidak sempat merasa zaman remaja. Waktu rehatnya dihabiskan di celah-celah dedaun rimbun, mengunyah sayur yang dipetik sendiri sambil berbual dengan petani-petani dewasa. Namun, ketenangan itu sering diragut.
Bunyi enjin jentolak dan deruman jeep tentera Zionis adalah mimpi ngeri. Mereka sering datang menceroboh, melepaskan tembakan rambang, dan memusnahkan tanaman. Walaupun begitu, ayah Muhammad dan petani lain tidak pernah putus asa menanam semula.
Satu hari, satu tragedi meragut kewarasan Muhammad. Di depan matanya sendiri, seorang rakan petani bersama dua anak perempuannya ditembak tepat di kepala tanpa sebarang sebab. Muhammad kaku. Dia tidak mampu berbuat apa-apa, namun peristiwa berdarah itu menanam satu luka yang sangat dalam di jiwanya.
๐ฆ๐๐ฎ๐ต๐ถ๐ฑ๐ป๐๐ฎ ๐ฆ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฆ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐, ๐๐ฎ๐ฟ๐ฒ๐ ๐๐๐ฑ๐ฎ๐ต
Apabila tercetusnya Intifada Al-Aqsa, keadaan menjadi semakin kacau-bilau. Helikopter Apache dan roket Zionis membedil nyawa orang yang tidak bersalah.
Muhammad dan kawan-kawan seusianya tidak duduk diam. Mereka turun ke jalanan, membaling batu ke arah kereta kebal musuh. Di sinilah detik tragis bersama sahabat baiknya, Fares Audah, berlaku.
Melihat Fares begitu berani berdiri berhadapan dengan kereta kebal raksasa, Muhammad dan rakan-rakan menjerit memanggilnya untuk berundur mencari tempat berlindung. Namun, peluru penjajah lebih pantas. Fares rebah dan syahid di tengah medan.
Muhammad menangis teresak-esak melihat jasad kawan baiknya. Sejak hari itu, Muhammad menjadi pendiam. Dia sering termenung di kebunnya, menghayati segala kezaliman yang berlaku. Di situlah terdetik sumpah di dalam hatinya: Dia mahu menjadi seorang pejuang.
๐ฅ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ ๐ฆ๐ฒ๐ป๐ท๐ฎ๐๐ฎ
Pada tahun 2004, Muhammad mencari jalan untuk menyertai barisan pertahanan. Beliau dipertemukan dengan seorang komander bernama Abu Hasan.
Komander itu terkejut. Di depannya hanya seorang remaja, namun matanya memancarkan keazaman yang luar biasa. Muhammad meyakinkan komander tersebut bahawa dia sangat pakar dengan selok-belok laluan di kawasannya.
Abu Hasan tidak terus menerima. Beliau menjelaskan visi, misi, dan ideologi perjuangan. Dia mahu Muhammad faham: mereka berjuang bukan sekadar untuk mati, tetapi untuk menuntut kembali hak yang dirampas dan memerdekakan tanah air.
Melihatkan keperibadian dan semangat juangnya yang tinggi, beliau akhirnya diserap ke dalam Briged Mujahidin. Di sinilah beliau dilatih menggunakan senjata, taktik pertempuran, dan teknik pengintipan.
๐ข๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ: ๐๐ถ๐ฟ ๐ ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ฒ๐บ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป
Operasi pertamanya memfokuskan kawasan pembuangan sampah di Juhr Dik. Selama dua minggu, mereka membuat penyamaran dan memantau pergerakan musuh.
Tiba hari kejadian, sebuah jeep tentera penjajah lalu di kawasan itu. Pasukan Muhammad terus melepaskan tembakan RPG dan mengepung kenderaan tersebut. Ketakutan yang amat sangat, tentera Zionis itu keluar dari kenderaan, meletakkan senjata, dan menyerah kalah.
Melihat musuh tewas di tangannya, Muhammad melompat kegembiraan di atas kenderaan penjajah itu. Di dalam hatinya bergema kepuasan:
“Inilah jeep yang dulu selalu buat kacau di kebun dan bunuh petani sesuka hati!”
“Inilah jeep yang dulu aku cuma mampu tengok dari jauh sambil ketakutan. Hari ini aku dah dewasa, dan aku tewaskan kalian!”
“Darah keluarga dan kawan-kawan aku yang tumpah, akhirnya terbayar hari ini!”
๐๐ถ๐ฐ๐๐น๐ถ๐ธ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ญ๐ฐ ๐ง๐ฎ๐ต๐๐ป ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ฟ๐๐ป๐ด
Penghujung 2007, Muhammad keluar pada awal pagi untuk misi pengintipan. Dia sempat duduk sebentar bersama ibunya, namun tidak sempat bersarapan.
Di pertengahan jalan, dia ditahan oleh 3 orang lelaki berpakaian seperti pejuang Palestin. Mereka bertanya arah tujuannya dalam bahasa Arab. Tanpa curiga, Muhammad memberitahu misinya.
Tiba-tiba, lebih 50 orang tentera muncul dan mengacukan senjata ke arahnya. Dia diarah berlutut, matanya ditutup, dan pakaiannya dirobek untuk memastikan tiada senjata. Rupanya, dia telah ditipu oleh unit komando penyamar musuh (Musta’ribin).
Di hari yang sama, berlakunya pertempuran sengit di Hay Zaitun yang mengorbankan 17 nyawa. Ibu Muhammad tidak senang duduk dek memikirkan nasib anaknya sama ada hidup atau mati.
Di penjara, Muhammad dikurung di sel yang menghadap tandas dengan bau yang meloyakan. Semasa sesi soal siasat pertama, Muhammad berkeras: dia tidak akan bercakap walau sepatah selagi dia tidak dibenarkan mendengar suara ibunya. Pihak musuh terpaksa akur.
Apabila akhirnya dapat berjumpa ibu dan ayahnya, Muhammad yang kental akhirnya tewas. Melihat ayahnya menangis, air matanya gugur jua.
Selama 14 tahun di penjara, penjajah sengaja menyeksanya dari sudut mental. Sepanjang tempoh itu, dia hanya dibenarkan melihat wajah ibunya sebanyak dua kali, sehinggakan dia hampir lupa raut wajah syurga kecilnya itu.
Hubungan mereka hanya bergantung pada surat. Setiap malam, Muhammad akan membaca surat dari ibunya berulang kali, memerhatikan setiap patah perkataan. Dia membalas dengan kata-kata semangat; berjanji akan menyambung belajar, masuk ke universiti, dan berkahwin apabila bebas nanti, walaupun pada hakikatnya dia tidak tahu berapa lama dia akan berada di dalam sana.
๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐, ๐๐ถ๐ป๐๐ฎ, ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ฎ๐ต๐ถ๐ฑ
Tanggal 14 Disember 2021, hari yang ditunggu-tunggu tiba. Muhammad dibebaskan.
Disambut meriah oleh rakan-rakan, detik paling mengharukan adalah saat dia berdiri di hadapan ibunya. Dia seolah-olah tidak percaya, hampir rebah kerana terlalu gembira dapat memeluk ibunya kembali.
Janji di dalam surat ditepati. Beliau mendirikan rumahtangga dengan seorang doktor dan dikurniakan cahaya mata. Dia membuktikan bahawa penjara sedikit pun tidak mematahkan semangatnya, malah menambah keyakinannya bahawa penjajahan ini pasti akan berakhir.
Namun, rehat di dunia ini hanya sementara buat seorang pejuang.
Pada Disember 2023, Briged Mujahidin mengeluarkan satu kenyataan rasmi. Muhammad Ismail Al-Najjar telah dijemput Ilahi. Beliau gugur syahid bersama kedua ibu bapanya dan empat orang ahli keluarganya yang lain dalam satu serangan roket pengecut dari pihak penjajah ke atas rumah mereka.
Selepas 23 tahun menanggung rindu dan meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Fares Audah, Muhammad akhirnya “pulang” menemui rakan karibnya itu.
Perjalanannya bermula di atas tikar sejadah, dibesarkan dengan derita, ditempa di medan tempur, ditahan di sebalik jeruji besi, dan akhirnya, rohnya terbang bebas ke asalnyaโbersatu semula dengan insan-insan yang paling dicintainya, dan berpelukan kembali dengan sahabat lamanya di taman syurga yang abadi.