Siri 18 | Kerusi Roda yang Menggoncang Empayar : Kisah Seorang Buta & Lumpuh yang Menggerakkan Kebangkitan Gaza

Cuba bayangkan seorang tua yang buta dan lumpuh, tidak dapat menguruskan diri sendiri, perlu rawatan rapi sentiasa 24 jam, tetapi sangat ditakuti oleh musuh sehingga dipenjarakan dan menghadapi cubaan bunuh beberapa kali. Beliau ini tiada angkatan tentera serba canggih, tidak mampu pun untuk mengangkat senjata. Tetapi sangat digeruni oleh musuh Islam.
Ya, beliau ialah seorang yang bernama Syeikh Ahmad Yasin.

Syeikh Ahmad Yasin telah lahir pada tahun 1938 di Asqalan (Ashkelon). Pada usia 3 tahun ayahnya telah meninggal dunia, menjadikan hidupnya ketika kecil sangat susah. Sejak kecil beliau telah berkerja untuk membantu pendapat keluarga. Apa yang membuatkan keadaan makin teruk ialah pada ketika itu para pendatang haram Yahudi sudah mula menindas dan merangka rancangan jahat mereka untuk mendirikan negara haram.

Akhirnya pada tahun 1948, ketika Syeikh Ahmad Yasin berumur 10 tahun, berlaku lah yang dipanggil Nakbah. Negara haram Israel ditubuhkan secara rasmi. Maka bermula lah hidup beliau sebagai seorang pelarian di tanah air sendiri.

Dalam usia beliau yang kecil itu, beliau telah dihalau keluar oleh kerajaan negara haram Israel ke Semenanjung Gaza yang pada ketika itu hanyalah sebuah padang pasir luar yang tidak diduduki orang. Kawasan itu pun di bawah kawalan pihak berkuasa Mesir ketika itu. Beliau dan keluarga tinggal dan membesar dalam khemah pelarian di Gaza.

Ketika itu, Israel tidak tahu bahawa langkah mereka menghalau Syeikh Ahmad Yasin serta rakyat Palestin ke Gaza akan memakan diri mereka sendiri puluhan tahun akan datang apabila kawasan Semenanjung Gaza ini menjadi markaz kekuatan para pejuang Palestin.

Meskipun hidup dalam pelarian, Syeikh Ahmad Yasin tidak pernah mengabaikan pelajaran. Di sekolah beliau adalah seorang atlet dan cergas. Tetapi ditakdirkan ada satu kemalangan yang menimpa beliau ketika beliau remaja yang menjadikan beliau lumpuh, tidak dapat berjalan. Kecacatannya yang kekal ini menjadi lebih teruk apabila hidup dalam seksaan rejim Zionis apabila dipenjarakan nanti.

Beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Ain Shams, Kaherah, Mesir pada tahun 1964 di mana beliau telah mengenali Ikhwanul Muslimin di sana. Beliau bergiat aktif dalam kegiatan gerakan Islam itu sehingga menyebabkan beliau ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir. Pada tahun 1966, kerajaan Mesir telah membuangnya daripada Universiti dan dihantar pulang ke Gaza.

Berbekalkan semangat dan kefahaman yang beliau dapati di Mesir, beliau terus menyebarkannya ke seluruh rakyat Palestin yang mendiami bumi Gaza, dari khemah pelarian sehinggalah ke masjid. Ketika itu rakyat Gaza masih tidak subur roh dan semangat perjuangan Islam. Beliaulah yang telah menanamkan kefahaman berjuang membebaskan tanah Palestin ini atas dasar agama.

Pada tahun 1973, beliau dan pengikutnya dalam kalangan anak muridnya menubuhkan satu pertubuhan untuk menjaga kebajikan warga Palestin yang menjadi pelarian di Gaza. Pertubuhan ini menjadi batu asas kepada gerakan Ikhwanul Muslimin di bawah pimpinan Syeikh Ahmad Yasin di bumi Gaza, Palestin.

Apabila sudah makin ramai yang menyahut seruannya, pengikutnya yang pada asalnya bergerak melalui pertubuhan kebajikan telah mula menubuhkan pasukan bersenjata tang sedikit demi sedikit berlatih untuk melawan menggunakan kekuatan.

Gerakannya telah dapat dihidu oleh musuh yang mengawasi Gaza. Beliau telah ditangkap pada tahun 1983 dan dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun. Tetapi dibebaskan semula 1985 dalam perjanjian pertukaran tawanan.

Penjara tidak melunturkan semangatnya.

Dalam keadaan kekuatannya fizikalnya terbatas dan menjadi semakin teruk setelah diseksa dalam penjara, beliau terus meneruskan langkah dengan lebih kuat.

Pada tahun 1997 beliau telah mengasaskan Hamas (Gerakan Pejuang Islam) dan menyebabkan kepada berlakunya Intifadhah.

Syeikh Ahmad Yasin bersama pengikutnya telah mengatur demonstrasi jalanan, pemberontakan dengan batu, dan dengan peralatan bom molotov serta bahan api yang terbatas.

Pada 1988, beliau telah dipenjarakan sekali lagi dan diseksa sehingga lumpuh seluruh badan, hanya kepala sahaja boleh digerakkan. Penglihatannya juga terbatas. Belia menghidap penyakit paru-paru dan pelbagai penyakit yang lain. Hukuman yang dijatuhkan ialah selama 15 tahun.

Tetapi pada 1997, setelah Ejen Mossad ditangkap kerana gagal dalam cubaan membunuh Khaled Meshaal di Jordan, Raja Jordan meminta tukaran supaya Syeikh Ahmad Yasin dibebaskan.

Pada tahun 2000, beliau bangit lagi menyusun Intifadhah kedua. Perkara ini telah menyebabkan Israel meletakkan beliau sebagai sasaran no. 1 orang yang dikehendaki. Pelbagai cubaan bunuh telah dilakukan.

Akhirnya pada Subuh 22 Mac 2004, ketika dalam perjalanan menunaikan solat Subuh di Masjid, beliau telah syahid apabila Apache milik tentera Zionis melancarkan tiga roket membedil beliau serta 4 orang yang lain.

Begitulah takutnya musuh Islam kepada figura yang fizikalnya terbatas tetapi kekuatannya lebih kuat daripada pemimpin-pemimpin negara Islam lain yang hanya mampu melihat saudara seagma kita disembelih di hadapan mata.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Siri 17 | Sumpah Di Atas Sejadah: Kisah Muhammad Al-Najjar Dari Penghafal Al-Quran Ke Medan Ribat

Next Post

Sekatan Melampau! Israel Terus Tutup Masjid Al-Aqsa 8 Hari Berturut-Turut

Related Posts